Kehidupan awal Ally Brooke

Allyson Brooke Hernandez dilahirkan pada 7 Julai 1993 di San Antonio, Texas,[4] dan dibesarkan oleh ibu bapanya, Jerry Hernandez dan Patricia Castillo.[5] Beliau mempunyai seorang abang.[4] Brooke merupakan bayi pramatang dengan berat satu paun dan empat belas auns semasa dilahirkan.[6] Beliau berketurunan Mexico.[2] Brooke tidak diajari bahasa Sepanyol, menyatakan bahawa ibu bapanya membuat keputusan untuk mengelakkannya didiskriminasi di sekolah. Brooke mengatakan beliau pada masa ini memiliki guru bahasa Sepanyol.[2] Brooke masuk di Sekolah Menengah Kristian Cornerstone di San Antonio dan menamatkan pendidikan sekolah menengahnya melalui pembelajaran di rumah.[7][8] Beliau mengenalpasti dirinya sebagai Kristian.[9]